hi! please support me by clicking the ads, thank you ♥

Pages

Friday, August 19, 2016

Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM

updated 2019

assalamualaikum semua!
dah lama tak update. kali ni i nak share perkara yg sama.
CARA MOHON TRANSKRIP UiTM 2019 & SURAT TAMAT PENGAJIAN UiTM 2019.
prosedur berubah-ubah. so since, my sis baru je mohon why not i share kan cara yang paling latest setakat ini.

1. MOHON TRANSKRIP ONLINE DAN BAYAR KEPADA BENDAHARI
klik SINI untuk mohon MOHON TRANSKRIP RASMI anda secara online.
isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN


kemudian, klik button New Application


lepastu, isikan form ni. ada option boleh ambik by hand atau pos ke alamat rumah /universiti.
RM 10.00  SELF COLLECT / POST 
okay. so for my sis. haruslah ambik yg by pos ke alamat rumah sebab harga pun sama.

okay. lepastu kena upload salinan IC yang disahkan dalam format PDF.  
habis isi dan upload. klik Submit Application!


bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online.

lepastu boleh klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, klik link dibawah kemudian edit nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

lepas bil dah dijana je, bolehlah pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking.
sama je cara macam bayar yuran setiap sem.
untuk cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI
untuk cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz),boleh click SINI
settled.
sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN. simpan slip elok elok ok :D 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

i.  Borang Permohonan Transkrip 
borang ni dah isi online seperti yang diatas tadi, lepas bayar. korang tunggu payment status dia tulis PAID. save borang tu as PDF.

ii. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
lepas download. isi borang ni.
tak reti nak isi sebab pdf?
open guna Adobe Acrobat Reader DC. click dekat Fill & Sign.
lepastu isi la boleh sign lagi >.<
jangan lupa SAVE tau!
takde Adobe Acrobat Reader DC klik SINI untuk install


3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fac korang
kenalpasti siapa kerani/ kerani kanan yg incharge pastu take note email dia.

as for my sis. Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 


pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.

To         : umi345@uitm.edu.my
Subject : BORANG PERMOHONAN TRANSKRIP, BORANG PENGESAHAN PELAJAR & SLIP BAYARAN
        Kepada: Pn. Umi Khalsom Othman, Kerani Kanan
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya Amirah 'Adlina XXXXX (2015283XXX), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muamalat (Kepujian), Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos
Saya turut kepilkan :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.
        Amirah 'Adlina
        017-3333333
        amyrxxxx@yahoo.com

4. TERIMA & TAMAT

lebih mudah kan? proses pencetakan/pengeposan dalam masa 4 hari bekerja selepas bil dibayar.(biasanya dalam masa 5 hari)
ambik masa 9 hari untuk sampai dari tarikh pos (dalam Selangor).

18/04 Apply
19/04 Bayar Bil
22/04 Dokumen Dicetak
24/04 Dokumen Dipos 
02/05 Terima Dokumen

macam my sis, dia ambik masa dalam 15 hari daripada tarikh mohon, bayar dan sampai rumah :)





okay. itu je perkongsian kali ni,
bye :) 
p/s: congratulations yg dah tamat belajar or yg nak sambung belajar :) 
all the best!

amyryqa.my






sumber : 
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM


kredit:
Amirah 'Adlina

p/s: dear readers/blogger/UiTMians, sila jangan plagiat pos ini. credit mana credit

#transkripuitm #caramohontranskripuitm #transkripuitm2019



share la experience korang di ruangan komen. boleh tambah info untuk kawan-kawan UiTM lain :)

101 comments:

  1. Cara mohon nie applicable even for uitm cawangan lain juga right???? Like me i am from uitm tapah...this method is not only for students uitm Shah alam right???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Nak tanya awak dah try mohon transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian guna online ke ?

      Delete
    2. Ya saya buat secara online dan post. Bayaran yg saya bayar RM15

      Delete
    3. Nak byr mcm mana ye ? Kpd siapa ?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. salam nak tanya bayaran kenapa rm 15? bukan rm10 ke? sbb saya nak minta offical transkrip and surat pengesahan

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam, cara nak bayar dekat atm bank islam tu macam mana ye? saya taktau nak buat macam mana...

    ReplyDelete
  3. Salam, terima kasih atas info yg anda share

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya haziq.
    nak tanye, kita pohon dua benda ni selepas result semester akhir keluar ataupun sebelum result sem akhir keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Selepas. Sebab, sebelum nak dekat tarikh result keluar, biasanya UiTM bekukan process print transcript.

      Delete
  5. Hi tadi saya ada call uitm and they said harga sama for both post and by hand, rm10. Harga rm15 adalah untuk post ke luar negara. Please update ya, thanks :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. Mungkin dah tukar kot. Masa saya kena bayar RM15 untuk post. Thank you

      Delete
  6. As salam..nak tny, klu yg dah grade lebih dari 8 tahun tapi transkrip hilang..still boleh guna cara ni ke??

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kes cik saya tak sure. Mohon cik berhubung terua dengan Unit Rekod. Maaf ya

      Delete
  7. Sekadar berkongsi, apply surat tamat belajar melalui e-legen: https://online.uitm.edu.my/ipsis/letterapps/index.cfm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian Cik Puan Mashitah. Tapi, cara ini valid untuk pelajar postgraduate shj kan?

      Delete
  8. Alamat utk pos borang & wang pos apa ya? Sebab saya dah banyak kali call uitm tapi tak da org angkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pos borang & wang pos. Saya tak pasti. Sebab borang perlu di hantar ke bahagian rekod dan konvo, dan bayaran perlu melalui bendahari. Cik tak nak cuba untuk hantar document secara online? Lebih mudah.

      Delete
    2. Online macam mana? Saya ada email borang ke pegawai yg bertugas, tapi dia nak wang pos yg original di poskan

      Delete
    3. Saya rasa cik kena cek, wang pos tu perlu di pos kepada pihak mana Bahagian Rekod atau Bendahari. Maaf cik. Saya tak familiar dengan mgunakan wanh pos.

      Delete
  9. surat pengesahan tamat pengajian UiTM sama ke dgn surat tamat pengajian?
    dua surat yang lain atau sama je?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, nk tnya, kalau walk-in tu dapat on-the-spot ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. tak dapat on the spot, transkrip rasmi memang kena tunggu 5 hari. Lepastu baru boleh ambil

      Delete
  11. assalamualikum....nak tnye generate bil tu kn...bil ape ye? hutang semasa pengajian ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan. jana bil untuk transkrip rasmi ni. pastu, bayar kat atm or online banking. lepas kita dah bayar, baru dia proses.

      Delete
  12. salam, nak tanya utk apply surat pengesahan tamat belajar tu perlu buat clearance di kampus masing2 dlu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ye. Surat pengesahan tamat boleh diambil dikampus masing masing. Belum buat clearance pun boleh ambil

      Delete
  13. salam nk tanya. date of convo tu cmne ea? taktahu bila konvo.. baru habis ^_^'

    ReplyDelete
  14. Assalam . tmpang tnya. Untuk yg bru hbis dip bleh mohon scra online juga ke klu blum bt clearence lg?? Mohon penjelasan.. Tq

    ReplyDelete
  15. Salam. Nak tanya ada saluran lain uyk buat pembayaran selain bank islam & walk in? Saya dah tak ada akaun Bank Islam.

    ReplyDelete
  16. Hi. For those of you who have been trying to reach Bendahari but no one answered, you might also call this number : +60 3-5544 3445

    Hope this helps.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, tumpang tanya transkrip yg dimohon sijil ke kertas? So kalau da ambil sekarang konvo takperlu ambil ke?

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. kalau nak mohon secara online, kena buat clerance dulu x?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Boleh ke kalau saya apply online, hantar borang melalui email, tetapi saya pick up dekat bahagian rekod uitm shah alam ?

    ReplyDelete
  21. Salam....klu sy nak apply utk acedemic transcrpit saja,maknanya saya just kena hantar borang permohonan transcript sahaja kan?

    ReplyDelete
  22. Salam...nak tnya bil transcript tu mcam mana eh.. bil2 yg kita pernah bayar cam yuran or result exam?

    ReplyDelete
  23. Salam nak tanya kalau saya amik dip kursus uitm tapi belajar di kptm boleh juga ke?

    ReplyDelete
  24. Saya nk tya satu soalan.. Macam saya baru habis belajar.. Official transcript nih sama mcam scroll konvo nnti ke? Kira klu dah wat official transcript nih nnti masa konvo dapat lagi x?

    ReplyDelete
  25. Macam mana nak tau yang bayaran kita dah sah diterima oleh pihak uitm

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum selamat hari raya...
    Saya nak tanya laa... Macam kes saya ni.. Belajar dia kolej bersekutu ipoh... Course under uitm...tapi terlepas konvo... Boleh ke saya mohon transkrip seperti yang akak nyatakan dia atas...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.
    Tumpang tanya, pada borang surat pengesahan pelajar tersebut terdapat 4 pilihan pada bahagian jenis surat pengesahan (tamat pengajian, status pengajian (bekas pelajar), surat pengesahan bergraduat-senat uitm), sedang belajar).
    Status 'sedang belajar' saya faham, tapi apa beza 3 pilihan yang selebihnya (tamat pengajian, status pengajian (bekas pelajar), surat pengesahan bergraduat-senat uitm))?

    Saya da konvo tahun 2015, jadi pilihan mane yang patut saya pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara general,
      1) sedang belajar - masih dalam program pengajian; cth : pelajar tahun akhir
      2) status pengajian (bekas pelajar) - berhenti sebelum melengkapkan program pengajian; cth : berhenti belajar, dismissed
      3) tamat pengajian - berjaya melengkapkan program pengajian tetapi belum jadi graduan (konvokesyen)
      4) surat pengesahan bergraduat-senat uitm - dah konvo

      Delete
    2. Yg ni sgt mmbantu sy faham setiap part. Thanks for sharing 😊

      Delete
  28. Salam.. kalu dah bayar bil tuu dkt ATM tapi resit tuu rosak/hilang mcm mna yaa ??

    ReplyDelete
  29. Salam. Nk tnye. Tdi saya dh dpt dh transkrip online through pos. Dlm sampul tu mmg ade transkrip rasmi shj ke or ade surat pengesahan pelajar skali? Sbb takde pun sijil pengesahan pelajar dlm sampul saya. Saya dh mntk dh skali masa isi borang semua tu.

    ReplyDelete
  30. Salam. Nk tnye. Tdi saya dh dpt dh transkrip online through pos. Dlm sampul tu mmg ade transkrip rasmi shj ke or ade surat pengesahan pelajar skali? Sbb takde pun sijil pengesahan pelajar dlm sampul saya. Saya dh mntk dh skali masa isi borang semua tu.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum. Kalau belum habis diploma, baki lagi 1 sem (latihan praktikal). Boleh ke nak minta full transcript ni from sem1-sem5 je. Taknak mini transcript. Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum. Saya email ke pegawai bertugas tapi dah 3 minggu tak dapat lagi.

    ReplyDelete
  33. Salam sis, maaf link direct ke borang permohonan transkrip tu tak boleh tekan. page error

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sis. saya ingat nak emailkan hari ni, tgk2 dah error pula. :'(

      Delete
  34. Kalau lepasan asasi guna cara sama jugak ke?

    ReplyDelete
  35. Salam, tumpang tanya kalau mohon secara online dia akan post transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian ke?

    ReplyDelete
  36. salam, kalau kita dh tak ingat no matrik takleh mintak la kan transkrip? warrrghhhh...

    ReplyDelete
  37. Sangat detail. Thank you so much! 😃

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum, maaf bertanya..saya ada apply transript, tapi terlupa tuk attached borsng berhenti belajar. adakah saya perlu buat permohonan semula

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum, nak tnya yg email ke pegawai berkenaan tu mmang kna email staff yg shah alam tu atau staff dri cawangan sndri? Sbb kat link tu hnya sndiakan bgi staff kat Shah alam sahaja

    ReplyDelete
  40. hai,nak tanya kalau baru habis belajar and tak konvo lagi boleh apply transkrip online ni tak eh?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. tumpang tanya, kalau alamat uitm pun kita isi, adakah transkrip sampai ke uitm? terima kasih.

    ReplyDelete
  42. Sis, cara ini boleh ke untuk yang tak pernah pergi konvo? tamat belajar dah 3 tahun. Nak mintak official transkrip/certificate degree.

    ReplyDelete
  43. salam. saya ada mnta untuk self collect di kaunter. ada apa2 yang perlu bawak ke?

    ReplyDelete
  44. Thank you, very helpful. Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  45. memang lambat ke kak nak proses online transcript application tu??.. jenuh menunggu da dekat seminggu lepas bayar da ni.. xde pdf nye cmne nk dpt transkrip uhh

    ReplyDelete
  46. Boleh x mohon sebelum konvo diploma?

    ReplyDelete
  47. salam nak tanya, berapa lama tempoh yang diambil bermula dari permohonan, bayaran, dan pengeposan dilakukan?

    ReplyDelete
  48. salam nak tanya, bg student yang tidak belajar di uitm shah alam boleh ke ambil surat pengesahan tamat sekali di sana? atau hanya transkrip sahaja yang boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana jawapan dari soalan ni. Saya pon nak tahu juga. Minta share sama

      Delete
    2. boleh je uitm cawangan lain pun sbb mmg kena tuntut dekat uitm shah alam

      Delete
  49. Tq for your lead, really helpfull

    ReplyDelete
  50. Assalammualaikum nak tanya kalau tak save borang permohonan transkrip tu takpe ke? Nanti email kat PIC slip bayaran je boleh ke?

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum, nak tanya tarikh kelulusan senat itu apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakk tahuuu juga apa tu tarikh senatt

      Delete
    2. Tarikh kelulusan Senat merujuk kepada tarikh Senat institusi pengajian tinggi pemohon meluluskan penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah anda. atau;

      TARIKH SENAT berdasarkan peringkat pengajian yang anda miliki (sila rujuk sijil(scroll)/surat pengesahan tamat belajar/ surat pengesahan bergraduat / transkrip )

      Delete
  52. Assalamualaikum nak tanya kenapa jadi error lps siap isi yg "new application" tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. server dea problem. boleh buat aduan dekat student portal. nanti elok laa balik website tu

      Delete
  53. asalam nak tanya kenapa sya tak boleh dl transaction tuu,tak tau nak tekan mana sebab lepas dia paid tak de see aplication ke apa kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. you kena right click > print. pastu choose printer tu "save as pdf"

      Delete
  54. yeay! thank you sis sebab beri tunjuk ajar. saya dah settle daa untuk mini transcript academic & surat tamat belajar. I dah email fac ikut faculty I and waiting for their feedback. salam dari student diploma photo batch 2018 from uitmsi :)))

    ReplyDelete
  55. sis nak tanya, kt sini

    "2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN"
    "i. Borang Permohonan Transkrip"

    borang yg kata paid tu nak buka kt mana?

    ReplyDelete
  56. hmmm saya tersalah isi dibahagian sent to overseas tu padahal saya nak post ke rumah�� mcm mana ye? Boleh edit semula ke? Or kena email pegawai bertugas?

    ReplyDelete
  57. Hai, saya nak tanya kenapa bila saya click di new application dia keluar you are not authorize to apply? Apa maksud nya, bila yolong explain. And untuk applicatin transkip akademik ni ada limit time ke untuk setiap graduate?

    ReplyDelete
  58. Maaf ya, apa beza surat tamat pengajian dgn surat senat?

    ReplyDelete
  59. hi, nak tnya, kalau kite mohon transkip tu online, then lepas bayar tu tunggu dorang post, tp kn, boleh ke kite minta dorang emailkan transkip tu, sbb urgent nak minta kerja guna transkrip tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mcm saya, bila dh mohon, lepas tu staff tu email no tracking and also salinan transkrip in pdf.

      Delete
  60. salam nak tanya tarikh kelulusan senat tu maksudnya tarikh convo ke macam mana? Please help me urgent :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh kelulusan Senat merujuk kepada tarikh Senat institusi pengajian tinggi pemohon meluluskan penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah anda. atau;

      TARIKH SENAT berdasarkan peringkat pengajian yang anda miliki (sila rujuk sijil(scroll ada tarikh)/surat pengesahan tamat belajar/ surat pengesahan bergraduat / transkrip )

      Delete
  61. Hai saya nak tanya, saya baru dapat keputusan degree saya dan baru habis. Boleh ke saya memohon borang pengesahan habis belajar sekali?

    ReplyDelete
  62. Salam. Mintak sangat perasan komen ni. Post ni untuk transkrip je kan? Boleh tolong terangkan cara2 kalau nak official skrol & transkrip tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UP .sama la saya tak dapat pergi convo. Jadi macam mana nak dapat kan skrol rasmi yang masa convo tu.

      Delete
  63. Kena pergi ke uitm tmpat kita convo ke?? Kalau by post boleh tak??

    ReplyDelete